Saturday, November 9, 2019

Aura Positif




Salam Maulidur Rasul..Negara Rahmah Ummah Sejahtera..
Banyakkan berselawat keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW..

Aku sekadar ambil aura butik belakang tu..kebetulan nama sama..tak salah kita tumpang sikit..aura yg  baik akan memberi Impak yg positif untuk diri kita.,aku bercita2 untuk berjaya dunia dan akhirat.. kepada sesiapa yg terbaca post aku ni., aku doakan segala yg baik2 untuk kalian semua..murah rezki..dilindungi dari sebarang anasir jahat..disayangi serta sentiasa dlm rahmat Allah..doa kan untuk aku jugak yaaa..semoga cepat jodoh aku..hehehe...😍😍😬😬




Thursday, November 7, 2019

Menu sihat dan sedap

Assalamualaikum..... kat sini saya bukan nak kongsi cara kurus..sebab saya tak kurus pun..cuma saya nak kongsi makanan-makanan sihat saya.. saya bukan pakar pemakanan tau..cuma saya pakar dalam menyediakan makanan....LOL...heheheheh...
Nampak hijau and so creamy kan... ayaq tu saya belender guna 3 bahan iaitu timun, epal hijau dan daun bayam....Asal menu yang sihat semua saya cuba. Katanya boleh kuruskan badan. Saya cuba..kalau kurus tu bonus..kalau tak kurus pun saya harap saya boleh kawal pengakit dalam badan saya ni. Sejak saya amalkan minum jus ni kulit saya makin remaja depa kata...hehehehehee..saya teruskan minum..mana tau kot kot nanti saiiiigak nacam neelopa.



Saya dulu bukan penggemar dedaun, ulam ulam atau sayur... tapi sejak saya mengamalkan makanan sihat ni saya cuba untuk ambil seberapa banyak dedaun hijau yang boleh dijadikan ulam...rupanya nikmat kesedapan tu amatlah tak terkata.... antara ulam-ulaman yang paling saya suka ialah daun kari...atau pun orang utara pangge daun karapole...Antara khasiat daun kari untuk kesihatan ialah untuk merawat diabetic. Amalan makan daun kari 10 lai selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis keturunan dan juga kegemukan.Selain itu daun kari jugak mempunyai khasiat untuk sakit darah tinggi. Untuk dapatkan khasiat daun kari boleh ja guna khidmat Abang Google. khasiat daun kari






Aku Single Mommy

Dalam kehidupan yang sempurna, bak drama dan iklan, satu keluarga yang sempurna akan terdiri daripada seorang ayah, seorang ibu, dan beberapa orang anak (secara idealnya, merangkumi kedua-dua jantina lelaki dan perempuan). Namun, kita tahu, realiti tidaklah sesempurna dan seindah itu.

Aku nk bercerita pengalaman sendiri bergelar single mom..actually aku tak suka gunakan perkataan janda..bagi aku perkataan janda ni satu hiburan dan bahan untuk perbualan lelaki kat luar sana..Aku lebih selesa dan rasa terhormat apabila menggelarkan diri aku single mom.. aku menggalas jawatan dan gelaran ni since 2015 lagi..masa usia perkahwinan aku mengjangkau 5 tahun..umur aku pn masa tu baru nk cecah 33 tahun..satu umur yg boleh dikatakan matang dan tahu berfikir mana baik dan buruk..

Sepanjang perkahwinan aku dan ex suami..kami berkongsi susah senang..memandangkan kekangan kerja aku..kami terpaksa PJJ..tapi tak la jauh sgt..aku kerja di UUM Sintok..suami pulak berniaga..kwsn perniagaan dia byk bertumpu di kawasan baling dan sempadan siam betong.. aku dh berusaha untuk bertukar ke tempat kerja yg berhampiran..tapi sebab bukan rezki..permohonan Aku ditangguhkan..sehinggalah selepas setahun aku melahirkan anak.. baru aku dapat bertukar keluar..tu pun setelah merayu setengah Nyawa dengan komandan kem..utk pengetahuan u oll..aku kerja jurulatih PLKN masa tu..komandan aku tu tentera darat..hati kering sikit..dia bukan heran aku reyau ayaq mata darah ka apa..pertama kali rayuan aku ditolak..aku terus tak merayu apa2 dah..buat penat ja..aku cuma pakai satu prinsip..kalau nak seribu daya..kalau xmau seribu dalih..aku teruskan kerjaya aku sebagai jurulatih PLKN..aku tinggalkan anak aku pada masa tu dengan mak sdara aku..dlm hati mmg sedih..tapi Aku xdak pilihan..syukur aku dikelilingi insan2 yg baik2..tiap2 minggu aku balik..bila smpai masa aku kena balik UUM..memang berdrama sangat..sepanjang jalan dari Sg petani ke uum sintok aku reyau..bengkak habis mata..kalau tiba musim cuti pelatih aku akan bawak anak aku ke kem..nasib baik komandan bg kelonggaran untuk bawa anak masa cuti pelatih..kisah aku ni berlarutan hingga setahun..lps setahun komandan kem tgk aku sangat struggle tambah2 lagi bila anak aku sakit demam..aku berulang dari uum sintok ke Sg petani sejauh 111km..dia pn majukan kpd jabatan dan sokong pertukaran keluar aku ke PLKN Merbok.. Alhamdulillah selepas setahun Aku dapat berada dekat dengan anak aku..

Walaupun dh berusaha mcm2 cara, siapalah kita nk lawan takdir Allah..mungkin nasib kita blh ubah..tapi takdir kita xblh nak lawan.. aku bercerai dengan suami masa Aku tengah jatuh merudum..mana tidaknya..masa tu Aku baru ja beberapa bulan ditamatkan kontrak dlm PLKN..terkulat2 aku nk bayar segala loan sorang2..buat pinjaman utk kegunaan bersama.. tapi yg menanggung sengsara si nama yg meminjam..benda ni smpai sekarang aku still xboleh move on..kenapa berpisah xperlulah aku nk cerita kat sini..tapi Aku dh berusaha yg terbaik dan berpisah adalah jalan yg paling terbaik daripada aku mengumpul dosa.. bermula laa cerita aku sebagai sang merpati tunggal...

Alhamdulillah aku dikelilingi insan insan yang sangat baik dan positif..saudara2...kawan2.. even saudara2 belah ex suami pn ada yg still bg aku semangat.. bertahun jugak aku nk move on..nk jadi manusia normal..heheh.aku buang semua medsoc2 yg ada dalam handphone aku sebab bagi aku medsoc ni menghalang aku untuk move on... Berkat mama abah aku ajaq berdikari dari kecik..jadinya Aku tak Kekok nak bawak diri.. Demi mencari sesuap nasi..mcm2 kerja aku buat.. kerja kat butik baju...kerani pusat tuisyen..n last aku kerja kat kilang..3 buah kilang aku kerja.. kilang yg paling last aku kerja Di penang..xlama 5 bulan ja..dlm bulan yg ke5 tu depa offer aku jawatan yg agak tinggi sikit..tapi Aku terpaksa tolak sbb ada rezki yg lain yg Allah bg.. dengan umur aku masa tu 35 tahun..pada Oktober 2017, aku dilantik ke jawatan tetap Di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.. Itula org kata rezki tak salah alamat..masa tu aku dh mula bangun sikit2..segala loan2 yang tertunggak pn aku dapat setel sikit Demi sikit..Aku langkah setapak lagi kedepan..aku sambung pengajian PJJ di UUM.. aku ambik degree course pentadbiran awam..org kata totua baru nk belajaq..xpa ehhhh kan..daripada xdak lansung..actually aku buat permohonan ni sebelum aku dapat lantikan tetap bawah KPM lagi.. Allah sebaik2 perancangan..beberapa bulan selepas aku bawah KPM..aku terus boleh sambung pengajian tanpa ada sebarang halangan.. Guru besar pn sangat sokong aku n bagi galakan untuk aku sambung pengajian aku tu..Alhamdulillah Allah lahirkan insan2 yg baik jugak..senang untuk aku berurusan cuti dan sebagainya..

Bergelar single mom ni banyak cabaran dia..kena jadi ibu dan bapa dlm masa yg sama.. nk kata susah tu dak jugak..tapi bukan sesuatu yg senang dan mudah..depends kepada how u manage your emosi..emosi kena kuat..jiwa kena kental...hati jgn cepat cayaq..aku tak bermaksud aku boleh hidup tanpa lelaki..kadang kala aku perlukan lelaki untuk menyokong aku..buat masa ni Allah bg aku kebolehan untuk mengurus segala keperluan asas aku dan anak aku..Allah kurniakan aku anak yg tak banyak ragam..senang untuk aku urus masa kerja aku..masa belajar aku dan masa bersama anak aku..aku pun tak mau ego n
k kata aku selesa hidup tanpa lelaki..yaaa...buat masa ni mmg aku selesa..tapi kalau Allah tetapkan jodoh aku utk mana2 lekaki InsyaAllah aku terima..memang ada lekaki yg cuba dekat ngan aku..but they doesn’t have the pengalaman hidup yg perit..for them..marriage is something yang seronok...aku yang berpengalaman ni rasa takut pisang berbuah dua kali..bukan aku memilih..tapi aku kena buat pilihan yang betul.. betul kata orang..perkahwinan ibarat kita memperjudikan diri kita...nasib baik dapat keuntungan...nasib tak baik dapat la sebaliknya... tapi semua tu bergantung kepada doa usaha dan tawakkal jugak..bukan berserah kepada nasib semata-mata...

Untuk langkah seterusnya aku harap dapat tamatkan pengajian n cita2 nak sambung masters... moga rezeki berpihak kepada aku...

Guys yang mana terbaca ni aku doakan u oll sentiasa dimurahkan rezeki, dipelihara dari segala nasir jahat..diberi segala yang baik-baik sahaja...

Doakan untuk aku sama naa....



Tuesday, November 5, 2019

Membahagiakan hati anak

Assalamualaikum wrbt semua...

untuk beberapa ketika ini aku blank nk tulis apa...asalnya aku buka laptop ni sebab nak tengok nota..minggu depan nak exam.. sementara tu aku nk sharing sesuatu yang mana aku cuma nk ingatkan untuk diri aku dan sharing ngan pembaca kat luar sana...

kadang-kadang dlm kesibukan kerja aku memang lupa nak bahagiakan hati anak aku...sekarang ni aku cuma nak fokus untuk cerita berkaitan dengan anak dulu.. bukan bermaksud life aku ni xdak orang lain dah..tapi aku cuma nak highlight yang anak adalah anugerah serta amanah Allah yang tak boleh kita abaikan. Actually aku sebenarnya adalah seorang ibu tunggal (ibu yang ditinggalkan 😃☺️☺️) around 2015 aku berpisah dengan suami...okkk yg tu bukan apa yang aku nak ceritakan..dlm entri yang lain nanti aku akan cerita berkaitan pengalaman macam mana nak bangun lepas bercerai...

berbalik kepada anak yea..anak adalah amanah Allah yang mana Allah kurniakan anak untuk kita bela, didik, bagi kasih sayang serta bagi pendidikan dunia dan akhirat yang cukup. Aku pun sering terleka terlupa dan alpa ngan urusan dunia aku. 

Petang tadi lepas aku pickup Ali Imran kat sekolah, aku bawak dia ke tesco, bukan niat nk ajak dia makan pun, aku cuma nak pi beli catridge printer. Kebetulan kedai komputer tu betul betul depan foodcourt. Apa lagi si Ali ni, terus habaq kata dia lapaq..baru balik sekolah kan...memang lapaq laaa...kat rumah ada nasi, lauk semua ada.. ikutkan hati aku nak ja terus balik, malas nk singah makan dh..tapi macam kesian pulak kat dia..dh la tak dak kasih sayang ayah..ibu pulak kedekut (aku tak kedekut) cuma aku risau dia kata aku kedekut. Ikutkan duit aku pun bukan jenuh sangat. Beli catridge pun aku guna duit untuk aku bayar yuran pengajian aku tu dulu..nanti gaji aku topap la balik...Adalaaaa lebihan sikit.. aku pun turutkan dia nk p makan nasi ayam tu..drag jugak la masa kat situ.. tapi xpala..anak punya pasai kan.. Kalau tadi aku ajak dia balik mesti dlm hati dia tak seronok.. nasi ayam RM 5 ja..apala sangat kan..sesekali bahagiakan hati anak..nanti InsyaAllah Allah dorong dia atau org lain untuk bagahiakan hati aku..Allah Maha Adil. Aku tgk dia makan habis..aku puas hari rasa. bersungguh-sungguh dia makan. nanti bila besaq baca balik blog ni.. Ibu dedikasi blog ni untuk Ali Imran. Ibu cuma nak Ali Imran tau, walau apa pun ibu sayang Ali Imran dunia dan akhirat. Ibu doakan semua yang baik-baik untuk Ali Imran. Jadilah anak yang soleh yea. 


aku cuba menjadi yang terbaik

Lama tak menulis..blog ni terhasil pun sebab kehendak assigment dlm subjek aplikasi komputer...tapi macam best pulak menulis secara tak formal ni...aku pun last tulis dalam blog ni bulan april 2019...tu pun sebab kena submit kat lectuter untuk grading... harini 5/11/2019 aku buka tengok2 ada 335 viewer yang membaca tulisan aku ni..harap sedikit sebanyak membantu laa noh.. walaupun sikit sharing aku ni harap ia menjadi asbab aku blh masuk syurga nanti...
maknanya blog ni secara tak lansung membantu jugak untuk ibu-ibu kat luar sana berkaitan penjagaan bayi pramatang. InsyaAllah aku akan terus berkongsi segala pengalaman2 yang bermafaat walaupun kisah dan perjalanan hidup aku ni tak la berapa hebat..

Sahabat

Assalamualaikum kawan2.. Harini aku nk cerita pasai sahabat.. Aku ramai kawan..tapi jauh yg paling akrab ialah sahabat.. Allah kurniak...