Monday, March 25, 2019

Perkara Penting Tentang Kelahiran Bayi Pramatang

Setiap anak itu adalah anugerah Tuhan. Tidak kisahlah sama ada si kecil itu melalui kelahiran normal atau kelahiran bayi pramatang.
Namun, jika sudah ditakdirkan anda mempunyai anak yang lahir tidak cukup umur, ibu ayah perlu persiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya.

Perkara penting anda perlu tahu tentang kelahiran bayi pramatang

Bayi pramatang didefinisikan sebagai bayi yang lahir sebelum usia gestasi 37 minggu. Bayi yang lahir terlalu awal berisiko mengalami pelbagai kesihatan kesihatan kerana keadaan tubuh yang tidak cukup sempurna perkembangannya.
Menurut data daripada Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), kelahiran bayi pramatang melibatkan lebih kurang 15 juta bayi. Komplikasi bayi pramatang pula antara penyebab utama kematian bagi kanak-kanak yang berusia di bawah umur 5 tahun.


Disebabkan statistik ini, kebanyakan pakar menyarankan supaya bayi pramatang dipantau di unit NICU (neo-natal intensive care unit). Dalam unit ini, bayi akan diberikan pemantauan penuh supaya mereka dapat membesar dengan sihat dan kuat.
Berapa ramai antara kita yang benar-benar faham tentang kemudahan NICU? Jom lihat informasi berikut:
  • Kepentingan NICU: Bayi pramatang atau bayi yang lahir dengan komplikasi selalunya diletakkan di NICU. Ia selalunya berdasarkan nasihat daripada doktor.
  • Peralatan di NICU: Ada 5 jenis peralatan yang digunakan. Ia termasuklah monitor dan loceng amaran yang diguna sekiranya bayi memerlukan pemerhatian segera. Isolete dan alat pemanas untuk memantau suhu bayi. NICU juga ada mesin fototerapi untuk merawat jaundis. Alat pernafasan dan tiub IV juga ada di unit ini.
  • Penjaga di NICU: Akan ada beberapa penjaga atau pegawai yang bertugas di unit ini. Ia termasuklah pelatih jururawat neonatal, jururawat, ahli pakar neonatologi, pakar terapi pernafasan, dan pakar nutrisi. Ramai pakar lain turut bertugas demi keselamatan bayi anda di NICU.
  • Soalan yang patut anda tanyakan pada pakar di NICU: Anda perlu memahami beberapa perkara berikut: apakah masalah bayi anda, bila bayi boleh dibawa pulang, jenis ujian yang dijalankan pada bayi anda dan dilakukan oleh siapa.Jadi jangan berasa ragu untuk bertanyakan soalan.
Pada mulanya, unit NICU mungkin kelihatan sedikit menakutkan. Tapi, percayalah. Ia adalah tempat terbaik untuk bayi pramatang anda.
Selalunya, komplikasi kelahiran bayi pramatang adalah bersifat jangka masa panjang. Namun, jika si kecil anda berjaya menempuhi NICU, ia membantu mengurangkan risiko komplikasi di masa depan.
Menurut Dr Natalie Ann Epton, seorang neonatologi pediatrik di Elizabeth Hospital, Singapore. Beliau ada menerangkan tentang beberapa kesan jangka masa panjang yang mungkin berlaku jika berlakunya kelahiran bayi pramatang. 

5 kesan jangka masa panjang akibat komplikasi kelahiran bayi pramatang 



Dr. Epton ada menyenaraikan beberapa kesan akibat komplikasi kelahiran tidak cukup umur. 

1. Perkembangan fizikal yang perlahan 

Dr. Epton menjelaskan:
“Ramai bayi lahir tidak cukup umur gagal berkembang dengan kadar yang sama seperti bayi yang sihat. Masalah ini akan berlarutan dari fasa bayi sehingga fasa awal kanak-kanak.”
Ramai ibu ayah sudah mula faham tentang kepentingan pertambahan berat badan dari usia awal. Ia memastikan bayi menerima protein secukupnya ketika beberapa hari atau minggu pertama dalam hidupnya.

2. Perkembangan saraf yang perlahan 

Bayi yang lahir tidak cukup umur juga mempunyai risiko kerosakan pada otak. Menurut Dr. Epton:
“Kerosakan ini termasuklah pendarahan pada saluran darah atau kekurangan bekalan oksigen pada bahagian otak. Fisioterapi dan terapi penting supaya kesan kerosakan ini dapat dikurangkan.”

3. Hilang penglihatan atau pendengaran  

Dr Epton juga berkongsi masalah penglihatan dan pendengaran turut boleh berlaku. Masalah seperti ROP (retinopathy of prematurity) mungkin menyebabkan kerosakan pada penglihatan bayi.
“Kami menyarankan semua bayi yang lahir sebelum umur 34 minggu supaya menjalani pemeriksaan mata.”

4. Masalah paru-paru yang kronik


Ini mungkin disebabkan oleh terapi oksigen atau artificial ventilation yang terpaksa dilalui oleh bayi pramatang. Ia juga boleh diterukkan lagi oleh jangkitan paru-paru atau ketidaksempurnaan pembentukan organ.
Bayi pramatang juga cenderung mengalami bronchopulmonary dysplasia di mana paru-paru berkembang secara tidak normal atau mengalami keradangan.
Mereka juga mungkin mengalami apnea iaitu hentian pada pernafasan yang lama. Ini seterusnya meningkatkan risiko kematian bayi secara mengejut (SIDS) pada bayi tersebut.

5. Perkembangan minda yang perlahan

Kelahiran bayi pramatang juga boleh membantutkan perkembangan minda dan kemahiran intelektual bayi.
“Ia bergantung kepada tahap kematangan bayi. Bayi yang lahir tidak cukup umur berisiko untuk mengalami perkembangan neuron yang terbantut.”

Dapatan sokongan bagi mencari kekuatan

Ibu ayah terdedah kepada risiko tekanan dan stress ketika menjaga bayi pramatang. Jadi, amat penting untuk anda mencari tiang sokongan atau bantuan nasihat daripada orang sekeliling atau dari doktor anda.
Ibu ayah juga tidak sepatutnya menyalahkan diri sendiri atas keadaan yang menimpa bayi anda. Untuk ibu pula, teruskan berusaha memberikan susu badan pada bayi anda.
Ianya kaya dengan mineral dan vitamin yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan si kecil. Dan, perbanyakkanlah memberikan sentuhan kulit-ke-kulit.
Ia adalah antara terapi terbaik yang dapat membantu bayi anda mengatasi komplikasi yang dialaminya.
Kredit to ; my.theasianparent.com

Sunday, March 24, 2019

Checklist Untuk Preemie Babies







Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

kat sini ada beberapa lagi perkongsian berkaitan bayi pramatang

walaupun anak saya mencecah usia 9 tahun tapi saya share jugak untuk mereka yang tercari-cari checklist untuk baby pramatang.

Please jangan bandingkan dengan baby premature yang sihat.  Sebab itu adalah hasil dari susah payah penjagaan mak ayah mereka dari saat kelahiran. Setiap inkubator tu, ada kisah perjuangan tersendiri. 

Antara kompilasi checklist penjagaan bayi pramatang.Kompilasi ni saya kumpulkan dari pengalaman ibubapa bayi pramatang dari media sosial dan kumpulan sokongan ibu bapa bayi pramatang, dan daripada pengalaman sendiri menjaga anak pramatang. Semoga ia menjadi panduan buat semua. Sebab saya pun macam mereka, mencari tips penjagaan yang terbaik buat anak sehingga sekarang walaupun anak saya dah pun mencecah usia 9 tahun.
  • Barangan baby semua dibersihkan,disterilkan dan dicuci
  • Setiap ruang rumah bersih dicuci dengan Dettol.
  • Hand sanitizer digunakan sebelum dan selepas menyentuh bayi.Yang ini paling penting.Jangan skip.Kalau tetamu datang , tanya khabar mereka dahulu sebelum menyentuh bayi anda dan mereka cuci tangan dengan hand sanitizer dengan cara yang betul seperti yang dianjurkan oleh pihak kesihatan. 
  • Facemask (wajib pakai jika ada ahli keluarga yang tak sihat atau batuk/atau asingkan baby)
  • xguna spray nyamuk, perfume, ubat gegat sebab baby premature sangat-sangat sensitif
  • tiada haiwan peliharaan(elak penyakit)
  • pengudaraan yang baik (elak dari asap rokok/asap masakan/habuk/debu)
  • Sentiasa bersihkan kipas dari habuk
  • tidak mendedahkan baby dengan bunyi yang kuat, sebab pendengarannya yang sangat sensitif.
  • tidak dibenarkan pelawat ( 3-6bulan) (ikut keadaan baby)
  • Jangan letak baby di kawasan karpet yang mudah berdebu.Letakkan di dalam baby cot/playpen.Guna karpet yang tak mudah berhabuk.
  • Ibu dan ayah uruskan baby sebab lebih prihatin, lembut, arif tentang baby sebab dapat info dari doktor dan nurse
  • krim tropika sangat sesuai sebab bersifat natural dan tak panas- dapat elakkan baby selsema, batuk, alahan kulit, kembung perut, sapu di dada, pelipat tangan, belakang badan, perut, betis, tapak kaki setiap kali tukar pampers
  • penimbang berat badan untuk pantau kenaikan berat badan baby
  • Jika minum susu formula,basuh botol dengan bersih dan steril, setiap kali pencucian botol
  • Jaga waktu minum baby,jangan skip-jika susu formula, setiap tiga jam.kalau baby tidur memang kena kejutkan dia.Jika susu ibu,keep on baby's demand.Bayi pramatang mengambil masa untuk.belajar menyusu.sebab sucking masih lemah.Sila bersabar dan jangan putus asa.
  • Banyakkan bersabar jika berat badan baby tidak naik seperti yang diharapkan.Yang penting jaga kesihatan dan alert perkembangannya.
  • Wajib sendawakan baby, dan iringkan baby bagi mengelak tersedak susu.bayi pramatang mudah muntah,terjeluak susu sebabnya ususnya tidak kuat.
  • Peka dengan kulit bayi, sebab kulit mereka mudah jadi biru dalam keadaan menangis, tersedak ketika minum susu,batuk.Angkat bayi dan tepuk belakang bayi kuat kuat sehingga warna kulit bayi kemerahan.
  • Mandikan baby(9/10 pagi) dan 5/6 petang.Ada sesetengah bayi,tidak dibenarkan mandi kecuali dilapkan sahaja , dikhuatiri bayi demam.jangan mandikan baby ketika cuaca sejuk.
  • Jangan guna aircond yang kuat, gunakan dengan sekadarnya sebab baby mudah selsema dan akan memudaratkan kesihatannya.
  • Basuh pakaian baby berasingan.Sentiasa pakai baju yang bersih dan kering
  • Tukar persalinan setiap hari, sarung bantal, bedung, alas tilam, sarung bantal
  • Thermometer untuk pantau suhu badan setiap empat jam, macam hospital buat.Jika badan mulai demam, bawa terus ke emergency hospital bagi pemeriksaan jangkitan kuman.Perkara ni bukan boleh dibuat main-main ye.
  • Pastikan baby tidur cukup untuk tumbesarannya.Bedung baby untuk tidur yang lena.
  • Ibu jangan makan sebarang jamu,makanan berempah bagi ibu menyusu, perut baby sangat sensitif
  • Kuarantin baby seminimum enam bulan di rumah.Jangan pergi ke tempat awam, kenduri kendara , jamuan di luar jika sayangkan baby anda.
  • tukar pampers setiap empat/lima jam untuk pastikan kebersihan badannya.
  • sentiasa bersihkan hidung baby untuk pernafasan baby yang lebih lancar
  • lampu tidur untuk pantau pernafasan baby di waktu malam-risk of apnea (keadaan yang lupa bernafas)
  • kelambu untuk elak nyamuk sebab kulit bayi pramatang sangattttt sensitif.
  • jangan miss appointment dengan klinik, hospital, doktor dan pakar
  • persediaan mental, tenaga, fizikal,masa , wang, tenaga. memang kena kuat sebab cabaran dia sangat tinggi kerana kita melalui perjalanan bayi dari dilahirkan untuk mendapat kesihatan yang terbaik untuk.mereka.
  • Kena rajin bertanya dan peka atas perkembangan anak anak, cari ilmu tentang bayi pramatang.
ok.semoga bermanfaat ye :)


Kredit to Naluri Kehidupanku









Tips Menjaga Bayi Pramatang


TIPS S7 UNTUK IBU-IBU 


Selama lebih kurang 24 hari berkampung di wad paediatrik HSAH Sg Petani.....aku dibenarkan pulang....seperti yang pernah aku ceritakan aku bersalin anak sulung pada usia kandungan 33 minggu secara pembedahan.....



macam yang pernah aku ceritakan sebelum ni...cabaran menjaga baby pramatang ni akan bermula bila kita balik rumah....amat penting untuk kita memastikan bayi pramatang kita berada dalam keadaan d=satbil dan selamat



so aku share tips 7'S' yang aku terbaca melalui blog Annur Syuhadah... beliau ada berkongsi tips2 untuk ibu ibu amalkan sepanjang menjaga bayi pramatang... aku kongsi tips ni sebab apa yang beliau tulis tu benar-benar sama dengan pengamalan aku...



S1 - Suara Ibu -  menyamankan jiwa



Ingat Bayi Pramatang ini memerlukan sokongan dan semangat dari ibu. ibu kena rajin bercakap dengan anak pramatang ini. cakap perkara2 yang penuh kasih sayang... contoh yang saya selalu cakap.... sayang ibu...cepat besar na... ibu sayang anak hensem ibu ni... dan satu lagi sentiasa mengalunkan zikir-zikir ditelinga bayi... kajian membuktikan suara ibu boleh membantu menenangkan bayi.



S2 - Susu Ibu paling sesuai




yaaa... masa dihospital aku stress sangat sebab doktor, nurse semua dok push aku supaya bagi susu kat baby kerap...dah la susu tak brapa banyak masa tu...secara klinikalnya mmg susu ibu adalah susu yang terbaik khususnya untuk bayi pramatang. Usus bayi pramatang ni sangat fragile so hanya susu ibu yang paling ringan dan sangat terbaik untuk diporses oleh perut bayi pramatang ini. Alhamdulillah aku dikelilingi insan-insan yang sangat memahami, prihatin dan pemurah. Setelah aku suarakan kerisauan aku dekat family aku...adik aku berbincang dengan suami dia...dan setelah dapat keizinan, dia cadangkan untuk bagi baby aku susu dia...suami aku pun izinkan, makanya aku setuju..dan sekarang anak sah jadi anak susuan kepada adik aku....thank alot to my sista....





my preemie with his beloved ibu susuan




S3 - Sentuhan Ibu



sentuhan ibu merupakan satu keajaiban. bak kata orang satu sentuhan lebih bermakna dari seribu kata-kata. Bayi pramatang sangat mudah kesejukan (hypotermia)..so kerap-keraplah peluk bayi pramatang hampa kedada. lagi elok kalau bersentuhan kulit ke kulit kerana secara saintifik, sentuhan kulit ke kulit membantu meningkat berat badan bayi dengan cepat. selain daripada itu, kita kena tahu juga teknik urutan bayi yang betul. untuk entri lain saya akan kongsikan teknik urutan bayi yang betul yea....



S4 - Sentiada peka pada keadaan bayi



biasanya sekembalinya bayi pramatang dari hospital, keja depa asyik nak tidur ja. nak sengar suara pun susah. Tapi bila hampir dengan tarikh yang sepatutnya depa dilahirkan (EDD) barulah depa akan banyak 'permintaan', menangis bila lapar atau nakkan sesuatu... yaaa..yang tu memang betul terjadi pada bayi pramatang aku nie...



Jadi, ibu-ibu oerkulah lebih peka, kena sentiasa perhatikan walaupun ketika mereka sedang tidur. kalau ada yang mengganggu fikiran anda segeralah rujuk pada pakar perubatan.



S5 - Suasana sesuai



Keadaan suhu bilik kenalah berpadan-padan dengan keadaan bayi pramatang. bayi pramatang ni mudah hypotermia (kesejukan) jadi tak perlulah set aircond yang melampau lampau walaupun masa kat wad pediatrik memang guna aircond. macam aku kat rumah takdak aircond...aku cuma guna kipas ja... kipas pun hampa kena set speed 1 ja...tak perlu sampai speed kipas tu 3. lagi bagus bagi kipas tu lenggok lenggok ke kiri dan ke kanan kan...jadi suasana dan suhu bilik tu biarlah suam-suam telur ayam gitewwww. ibu berpantang kan lagi elok kalau berpeluh.



S6 - Sentiasa positif



Menerima kehadiran orang baru memang boleh menjadi satu tekanan pada suami isteri terutama kalau anak sulung. maklumkah kan tak pernah ada pengalaman org kata. masa untuk bersantai-santai jadi terhad dan masa rehat pun akan jadi sempit. kadang kadang tak sempat nak rehat pun. jadi suami isteri kenala pandai berpakat-pakat dan mengatur jadual agar perjalanan menguruskan anak dapat berjalan dengan lancar. terutamanya kepada ibu la. kerana ibu perlu rehat yang secukupnya berbanding si ayah. tujuannya untuk memulihkan semula badan yang lesu selepas bersalin. untuk si ayah kena la prihatin dan bersikap lebih terbuka dalam menguruskan hal-hal begini.



apa yang paling penting, hampa kena berbangga kerana telah berjaya melahirkan insan ke dunia ini. jangan patah semangat, teruskan berusaha demi masa depan bayi hampa. 



S7 - Selitkan masa peribadi untuk si ibu



Macam aku juga, aku sangat paraniod kalau baby aku tersedak susu. masa BF mungkin kita tak perasan yang aliran susu tu jadi laju tiba-tiba. Bayi pramatang ni memang mudah tersedak dan tak cukup nafas untuk menelan susu yang laju tu. jadi ibu-ibu perlu tahu cara untuk menguruskan bayi lepas minum susu. biasanya selepas BF kita kena tepuk-tepuk manja belakang bayi smpai dia sendawa. tujuannya untuk buang angin berlebihan dalam perut bayi semasa BF tadi. kalau tak sendawa dan bayi terus tidur mungkin akan berlaku tiba-tiba baby jeluak atau tersedak susu tu. 


saranan aku kepada ibu-ibu yang mempunyai bayi pramatang, jangan stress dengan keadaan tersebut smpai u all tak lena. bukan apa takut dalam tempoh berpantang u all masuk dalam stage kemurungan disebabkan kurangnya ilmu-ilmu berkaitan penyusuan bayi. ingatlah pentingnya untuk u all rehat dan ada masa untuk diri sendiri. kalau tak cukup rehat, mana mungkin u all dapat tenaga untuk nak jaga baby kan. So kerjasama semua orang dalam rumah amat penting yea...

kredit to : annursyuhadah.com







Ali Imran : 2 bulan ( Corrected Age : 14 hari )



Ali Imran bersama saudara susuan Nurul Iman yang sangat akrab



Ali Imran 3 bulan ( Corrected age : 1 bulan )


Saturday, March 23, 2019

Pengalaman Menjaga Bayi Pramatang




belanja gambaq sekeping naaa.... umur 5 bulan masa ni... Alhamdulillah Ali Imran diberi kesihatan yang sangat baik

habis cerita bab nama

harini aku cerita pula bab pengalaman jaga baby premature ni

susah tu dakla...dia macam jaga baby normal jugak...

cuma pantang larang dia banyak yg kita kena patuhi.. 

okk...

lepas 6 hari Ali Imran dalam NICU, pihak HSAH call minta ibu datang hospital untuk jaga baby...

first time aku rasa seronok nk kena pi check in kat hospital...

muka ada senyum masa tu... 😊😊😊😊😊😊😊

tak sabaq ni pi check in.. siap baju awai kemain...

bermula la detik kiraan aku kat sana...

dekat hospital nurse ajaq cara nak mandikan baby... 

tiap-tiap pagi nurse akan mai letak keperluan mandi baby... 

hampa kena paham ehhh..pasaipa nurse ajaq bagi mandi baby???

pasaipa bukan nurse yang bagi mandi....?? 

sebabnya yang admit tu baby..bukan mak baby...

mak baby tu mai jaga baby...makanya jadi penjaga la kena uruskan baby masing-masing

ada juga la dikalangan mak-mak yang pertikaikan perkara ni..

bagi aku kita kena faham situasi...

walaupun dalam keadaan dalam berpantang... 

banyak pantang larang do & don't....

tapi kita kena faham keadaan semasa yang memerlukan pengorbanan kita..

kalau kat rumah boleh la kita dilayan macam puteri... 

nak pulak cucu sulung kannn.... memang si nenek tu jaga sungguh la...

okkkk..berbalik kepada bab crita si Ali Imran ni... 

Alhamdulillah Ali Imran takdak masalah kesihatan yang lain kecuali tunggu berat naik dari 1.47 kg kepada 1.8 kg....

sepanjang di hospital tak susah nak jaga... sebab ada nurse dengan doktor untuk kita rujuk kalau kita taktau satu satu perkara tu..

InsyaAllah kalau kita tanya dengan berhemah...depa pun akan jawab dengan berhemah...

sepanjang berada di wad paediatrik HSAH aku belajar banyak perkara berkaitan penjagaan baby  pramatang khususnya...

lebih kurang 24 hari tak silap aku berkampung dalam ward Peadiatrik HSAH dengan Ali Imran... kami tengok ja la orang keluaq masuk...keluaq masuk...kami ni bila nk keluaq tatau la...

macam2 masalah baby ni...jaundis...G6PD... dan macam-macam laa...

Ali Imran masa dekat hospital kuat juga menyusu tapi aku kurang susu (maybe stress)..salah satu sebab dia lambat nak naik berat...

aku crita kat family aku yang Ali Imran lambat nak naik berat, jadi lambat lg nak discharge...sedih la aku masa tu...

adik aku yang prihatin dengan keadaan aku dan Ali Imran berhasrat untuk bagi susu dia kat Ali Imran....

makanya...dengan keizinan suami dia, adik aku hantar susu dia untuk bagi kat Ali Imran tiap-tiap hari...

Alhamdulillah suami aku pun izinkan Ali Imran untuk minum susu UMMI (panggilan anak-anak kat adik aku)

secara officiall Ali Imran dah jadi anak susuan UMMI....

tiap-tiap pagi nurse akan mai timbang berat baby....1.50kg.. 1.51kg....

1.512kg....

1.52kg..
1.53kg...   bla bla blaaaa....

frust betoi aku sbb berat tak naik cepat.. 

bukan apa cemuih dok hospital ni.... heheheee

sampai satu pagi tu...nurse mai timbang.... 1.79kg... alamakkkk tak cukup 1.8kg

3 kali nurse timbang...1.79 kg jugak...

tapi nurse kata dia bagi 'chan'...dia kata boleh discharge tengahari tu....

aku terus call family bagi tau kata boleh discharge dah...

tak sabaq sungguh nak balik... 

senyum lebaq... kemas barang-barang... tapi bila nk melangkah kaki keluar dari ward peadiatrik tu rasa sedih pulak....yala...macam2 kenangan ada disitu...

pi jumpa nurse sorang-sorang...ucap terima kasih...jumpa jiran katil kiri kanan depan belakang...ucap terima kasih... 

nurse2 ngan jiran2 katil kat ward paediatrik banyak bagi semangat dan sokongan waktu aku down...

jumpa jugak akak2 cleaner ucap terima kasih sebab dia selalu singgah and say good morning kat Ali Imran...akak2 cleaner pun byk bagi sokongan

yang mana tak sempat jumpa aku berkirim salam ja...

tengahari tu adik aku mai ambik kami dan bawa kami balik rumah....

sesampai dirumah kami disambut dengan keterujaan opah dan opahcik yang tak sabar2 nak tengok wajah Ali Imran 

next entri aku crita tips penjagaan bayi pramatang...








Nama saya Ali Imran






nak cerita bab nak bagi nama..adik aku cadang nama Ali Imran..

setelah berbincang dengan suami dan diteliti oleh semua 

pihak berkaitan maksud dan kebaikan nama tu ..cadangan tu 

diterima sebulat suara tanpa ada bantahan....uniq kan..anak org 

lain..orang lain bagi nama..aku tak kisah..asalkan ada maksud 

yang elok...hari2 panggil jadi doa la kan...

hari yang ke empat dah p daftar nama dia kat pejabat 

pendaftaran...excited..

Ali - Yang Mulia, Tinggi Kedudukannya

Imran - Budi Bahasa, Nama Ayahanda Maryam AS

Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-

kurangnya nama yang membawa maksudyang baik.


antara cerita yang terkandung dalam surah Ali Imran

Surah Ali Imran ( آل عمران )yang terdiri dari 200 ayat ini adalah 

surat Madaniyyah. Dinamakan Ali 'Imran karena memuat kisah keluarga 

'Imran yang di dalam kisah itu disebutkan kelahiran Nabi Isa a.s., 

persamaan kejadiannya dengan Nabi Adam a. s., kenabian dan beberapa 

mukjizatnya, serta disebut pula kelahiran Maryam puteri 'Imran, ibu 

dari Nabi Isa a.s. Surat Al Baqarah dan Ali 'Imran ini dinamakan Az 

Zahrawaani (dua yang cemerlang), karena kedua surat ini 

menyingkapkan hal-hal yang menurut apa yang disampaikan Al 

Qur'an disembunyikan oleh para Ahli Kitab, seperti kejadian dan 

kelahiran Nabi Isa a.s., kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. dan 

sebagainya



Pokok-pokok isi

  • Keimanan: Dalil-dalil dan alasan-alasan yang membantah orang Nasrani yang mempertuhankan Nabi Isa a.s.; ketauhi dan adalah dasar yang dibawa oleh seluruh Nabi.
  • Hukum-hukum: Musyawarah; bermubahalah; larangan melakukan riba.
  • Kisah-kisah: Kisah keluarga 'Imran; perang Badar dan Uhud dan pelajaran yang dapat diambil dari padanya.
  • Lain-lain: Golongan-golongan manusia dalam memahami ayat-ayat mutasyaabihaat; sifat-sifat Allah; sifat orang-orang yang bertakwa; Islam satu-satunya agama yang diridhai Allah; kemudharatan mengambil orang-orang kafir sebagai teman kepercayaan; pengambilan perjanjian para Nabi oleh Allah; perumpamaan-perumpamaan; peringatan-peringatan terhadap Ahli Kitab; Ka'bah adalah rumah peribadatan yang tertua dan bukti-buktinya; faedah mengingati Allah dan merenungkan ciptaanNya.

Hubungan surat Ali Imran dengan Surat An Nisaa'

  1. Surat Ali 'Imran disudahi dengan perintah bertakwa, sesuai dengan permulaan surat An Nisaa'.
  2. Dalam surat Ali 'Imran disebutkan peperangan Badar dan Uhud dengan sempurna, keterangan mana sebahagiannya diulangi dalam surat An Nisaa'.
  3. Dalam surat Ali 'Imran dikisahkan peperangan Hamraa-ul Asad yang terjadi setelah perang Uhud, dan peperangan itu disinggung pula dalam surat An Nisaa'.
  4. Dalam surat Ali 'Imran disebutkan bahawa banyak yang gugur di kalangan kaum muslimin sebagai Syuhadaa', yang bererti mereka meninggalkan anak-anak dan isteri-isteri mereka, maka dalam bahagian permulaan surat An Nisaa' disebutkan perintah memelihara anak yatim serta pembahagian harta pusaka


____________________________________________________________________

macam tu la ceritanya



Jamuan Akhir Tahun Tabika Kemas Bandar Perdana...tengah bebai tu












Monday, March 18, 2019

Kaulah Satu Satunya...Diantara Berjuta..

3 hari berada di ward tanpa ada baby disisi mcm orang lain...adik aku teman 

aku di ward..after discharge aku pi nicu nk tgk baby aku..lepas bersalin 

haritu aku tak tgk lagi rupa dia macam mana..hitam ka putih ka..hehehee..

sesampai di nicu tu aku exited nak masuk tgk dia...bila dah smpai kat ruang 

baby tu aku tercari- cari yang mana satu baby aku..rupanya ramai baby kat

nicu tu..aku tanya nurse...nurse tunjuk baby aku.. aku tgk di bahagian kepala 

incubator tu tertulis b/o Shafiza Annissa..sahlah yg tu baby aku...

nurse mai n angkat baby letak kat riba aku.. nurse ajar cara pegang baby...

kecik sungguh baby aku tu..berat dia 1.47kg ja..ada la besaq botoi kicap tu..

masa first sentuh dia aku terus kiss pipi dia...mak aiii lembut sungguh...ayaq 

mata aku ni jangan dok kata la...macam ayaq pancoq dah... Allahuakbar.. Allah

Maha Besar...Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui...cukup sempurna 

kejadiaanya..



gambar bawah tu masa hari ke 4 di NICU..aku xdak smartphone masa tu jadi tak dak la moment masa di haluih..gambar tu pun ambik pinjam fone adik aku..tengok laaa jari aku lagi besaq dari lengan dia...bygkan jari dia besaq mana...


2 jam jugak la aku dalam nicu tu..rasa tak puas nk tengok muka 

baby aku tu...hensem ooo..tapi mau xmau aku kena balik...terpaksa tinggai 

baby aku tu dengan kawan kawan dia...lagi pun aku xmau ganggu urusan 

nurse untuk merawat anak anak syurga disitu.... aku pun keluar dengan air

mata yang berderau derau..berat nk tinggal baby aku tu...tapi dia selamat dan 

terjaga rapi disitu...

semalaman aku tak lena..asyik teringat kat baby aku..tak putus-putus aku doa 

semoga dia selamat..sihat dan sebagainya... btw nama dia ALI IMRAN BIN 

MUHAMAD ZAMRI...surah Ali Imran sebelah Surah An Nissa' dalam Al-Quran.. 

untuk entri lain aku cerita bab nama Ali Imran pulak...

tak boleh cerita panjang-panjang sebab leturer aku suruh buat 10 entri paling 

kurang ..nanti taktau nk buat cerita apa pulak..... 








Sahabat

Assalamualaikum kawan2.. Harini aku nk cerita pasai sahabat.. Aku ramai kawan..tapi jauh yg paling akrab ialah sahabat.. Allah kurniak...