Thursday, April 4, 2019

My Preemie Sudah 9 Tahun

Alhamdulillah, walaupun pelbagai dugaan, rintangan dan segala macam dilalui, Ali Imran membesar dengan sihat dan cergas. Sekarang umur dia pun dan mencecah 9 tahun dan belajar dalam darjah 3 di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Wang.

Untuk Ali Imran, Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk Ali Imran di dunia dan akhirat.

Jadilah Insan yang berakhlak mulia, di sanjungi dan disayangi.

Ibu tidak memaksa seorang anak untuk mencintainya selamanya, tetapi percayalah wahai anak, cinta ibu untuk awak tiada paksaan untuk selamanya.








Tuesday, April 2, 2019

Tips Menggalakkan Anak Bercakap



Allahumma Ya Awwal Ya Rashid (40 kali)

Ya Allah, Tuhan yang Maha Mempercepatkan sesuatu, bantulah hambamu agar anakku cepat dan petah berkata-kata. 

Jangan putus untuk berdoa

Monday, April 1, 2019

Terapi Cara Kerja (Occupational Therapy)







Pada peringkat awal, pegawai menyarankan saya untuk merujuk anak saya kepada pakar cara kerja. Ini untuk memastikan anak saya barada pada tahap dan katogeri yang betul serta senang untuk saya uruskan dikemudian hari.


Setelah mendapat tarikh temujanji, saya membawa anak saya berjumpa dengan pakar terapi cara kerja. Apabila selesai sesi pengenalan dan temubual, anak saya dibawa ke bilik bewarna warni dan penuh dengan alatan permainan. Apalagi, memang suka la si Ali Imran, terus sahaja dia meluru dan masuk ke dalam Kolam yang penuh dengan bola warna warni. Dengan sepantas kilat dia sepah-sepahkan bola-bola tersebut dilantai. Memang mencabar kesabaran saya pada ketika itu. 

Seterusnya pegawai terapi meminta saya tinggalkan anak bersama mereka. Bolehla saya berehat seketika sementara menunggu sesi terapi habis. Saya tertidur di ruang menunggu kerana sangat penat.

Alhamdulillah sesi terapi pada hari itu berjalan dengan lancar dan saya diberi tarikh temujanji untuk terapi yang seterusnya.

Bilik Gelap atau Bilik Snoezelen
Untuk terapi yang seterusnya Ali Imran dibawa melawat ke bilik gelap atau pun bilik Snoezelen. Jom kita tengok apa tujuan terapi di bilik snoezelen ini.


APA ITU SNOEZELEN??
Snoezelen adalah sejenis terapi dalam keadaan tenang dan pada masa yang sama memberi rangsangan terhadap individu.
Terapi Snoezelen dijalankan di sebuah bilik yang dipanggil "Bilik Snoezelen". Bilik ini direka khas untuk menyampaikan rangsangan terhadap pelbagai deria dengan menggunakan kesan pencahayaan, warna, bunyi, muzik, dan sebagainya. Haa menarik kan?! 😃
Kombinasi bahan-bahan yang berlainan boleh dieksplorasi menggunakan deria sentuhan, penglihatan, pendengaran, keseimbangan dan lain-lain.


Terapi ini amat sesuai kepada individu yang mempunyai autism, masalah perkembangan, kurang daya tumpuan, dimentia, dan sebagainya. Sesi terapi akan dikendalikan oleh ahli terapi yang bertauliah 😎


Sementara menunggu pegawai terapi masuk untuk memberi penjelasan kepada saya, nurse bagi saya dan anak saya masuk dalam bilik ni. Pertama kali melangkah saya rasa sangat tenang, damai dan selesa. Dalam hati saya alangkah seronoknya kalau kat rumah boleh buat satu bilik macam ni. Saya pun berangan sampai terlena. 

Ali Imran pada masa tu memang terleka dengan cahaya-cahaya yang ada dalam bilik tersebut. Sehingga selesai terapi pun dia tidak mahu berganjak dari bilik tersebut.










Wajib Berjumpa Speech Therapist Kalau Anak Masih Belum Bercakap Apabila Mencapai Usia 2 Tahun

Alhamdulillah selepas habis tempoh berpantang dan menjalani beberapa temujanji di Hospital Sultan Abdul Halim berkaitan otak dan mata dan telinga (ENT), Ali Imran tidak mempunyai sebarang masalah. Otak dan mata berkembang mengikut peredaran usianya...normal hearing bilaterally.
Temujanji berkala setersunya di Peadiatrik Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Ia adalah pengkhususan perubatan yang berkaitan dengan pertumbuhan dan perkembangan, serta pengurusan kesihatan bayi baru lahir, kanak-kanak dan kanak-kanak bersekolah. Mereka mempunyai kumpulan pakar penjagaan rapi neonatal serta pakar pediatrik yang berkepelbagaian dengan kepakaran sub pengkhususan seperti kardiologi, penyakit ginjal, penyakit pernafasan, gastroenterologi, penyakit hati, dan gangguan kelakuan serta genetik.

ANAK MASIH BELUM BERCAKAP PADA USIA 2 TAHUN

Alhamdulillah sepanjang 2 tahun berjumpa dengan pakar pediatrik Ali Imran sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang lain kecuali tidak boleh menyebut sebarang perkataan lagi dalam erti kata lain dia masih belum bercakap.
Secara umumnya, anak kecil yang normal sudah mula bertutur dan membebel bunyi tertentu bermula usia 1 tahun ke atas. Walaupun perkembangan setiap anak mungkin berbeza, namun ibu bapa perlulah peka dan memantau kebolehan pertuturan ini kerana ia berkait rapat dengan faktor kesihatan mereka.
Bagi saya yang masih belum mempunyai pengalaman berkaitan perkembangan kanak-kanak, saya sepenuhnya rujuk kepada pakar pediatrik. Mereka sarankan saya rujuk kepada pakar terapi pertuturan (speech therapist) untuk mengetahui perkembangan lanjut anak saya.

MENGHADIRI SESI TERAPI

Gambar hiasan : Antara sesi terapi iaitu meniru sebutan atau bunyi


Kali pertama berjumpa dengan Pegawai Terapi, Ali Imran tidak memberi kerjasama lansung. Mungkin sebab saya ada bersama. Pada hari itu pagawai terapi ambil beberapa maklumat mengenai diri Ali Imran untuk memudahkan proses terapi seterusnya. Pegawai terapi juga ada menerangkan kepada saya beberapa perkara yang boleh saya lakukan dirumah

Untuk proses terapi kedua, pegawai tersebut sarankan supaya saya tinggalkan anak secara bersendirian bersama nurse ataupun mana-mana pegawai terapi yang ada. Agak sukar untuk Ali Imran berenggang dengan saya. Dia akan menangis sekuat yang mungkin. Tapi Syukur Alhamdulillah, berkat pengalaman daripada pegawai dan nurse yang ada, Ali Imran berjaya melalui proses terapi yang pertama. Beliau dibekalkan dengan pelbagai jenis permainan, antara yang saya ingat ialah haiwan-haiwan, Ali Imran disuruh untuk meniru bunyi haiwan tersebut seperti ayam, kucing, harimau, gajah dan sebagainya. Malangnya Ali Imran tak mengeluarkan satu bunyi pun. Pegawai terapi meminta bantuan saya melatih anak dirumah dengan bunyi-bunyian tersebut. Masih sama juga, dia tetap tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Kalau di rumah dia akan bagi bahasa isyarat untuk menyatakan keinginannya seperti dia akan ambil botol susu dan tunjuk kepada saya yang bermaksud dia nak susu.

Untuk sesi terapi yang setersunya, Ali Imran di ajar untuk menyusun block mengikut warna, dan diajar untuk menyebut warna. Seperti biasa Ali Imran tetap tidak meniru sebutan pegawai tersebut dan susunan block pun ikut suka dia ja. Untuk terapi yang seterusnya pegawai terapi tersebut sarankan saya untuk rujuk kepada terapi cara kerja pula. Untuk entri yang lain saya kongsikan pengalaman saya dan Ali Imran berkaitan terapi cara kerja.

gambar hiasan : antara terapi menyusun block mengikut warna seperti yang pernah dilakukan kepada Ali Imran


Kebanyakkan dikalangan pesakit yang datang mendapatkan sesi terapi adalah dikalangan kanak-kanak Autisme ataupun Hyperactive. Alhamdulillah sepanjang menjalani sesi terapi Pegawai tarapi memberitahu bahawa Ali Imran adalah kanak-kanak normal walaupun pada awalnya pegawai menyatakan bahawa Ali Imran berkemungkinan Hyperactive. Walaupun begitu saya tidak meletakkan keadaan tersebut dalam zon selesa, saya tetap risau akan perkembangan pertuturan Ali Imran yang jauh ketinggalan dengan rakan seusia dia.

Ali Imran menjalani sesi Speech Therapy selama kurang lebih 4 tahun bermula pada usia 2 tahun sehingga 6 tahun. Alhamdulillah sepanjang sesi terapi tersebut perkembangan Ali Imran sangat posotif dan meningkat dari masa ke semasa.


Untuk ibu bapa diluar sana, saya nasihatkan jangan takut dan segera rujuk dengan pakar pertuturan sekiranya anak anda masih belum bercakap apabila usia mencapai 2 tahun. Jangan meletakkan diri kita dan anak kita dalam zon selesa. Tak salah bersusah payah dan berusaha sedikit untuk kepentingan diri kita dan anak kita pada masa hadapan. Anak adalah anugerah dan amanah Allah untuk kita bentuk, didik dan jaga dengan sempurna. Tak guna kalau kita menyesal dikemudian hari tau.


Sahabat

Assalamualaikum kawan2.. Harini aku nk cerita pasai sahabat.. Aku ramai kawan..tapi jauh yg paling akrab ialah sahabat.. Allah kurniak...