Monday, April 1, 2019

Wajib Berjumpa Speech Therapist Kalau Anak Masih Belum Bercakap Apabila Mencapai Usia 2 Tahun

Alhamdulillah selepas habis tempoh berpantang dan menjalani beberapa temujanji di Hospital Sultan Abdul Halim berkaitan otak dan mata dan telinga (ENT), Ali Imran tidak mempunyai sebarang masalah. Otak dan mata berkembang mengikut peredaran usianya...normal hearing bilaterally.
Temujanji berkala setersunya di Peadiatrik Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Ia adalah pengkhususan perubatan yang berkaitan dengan pertumbuhan dan perkembangan, serta pengurusan kesihatan bayi baru lahir, kanak-kanak dan kanak-kanak bersekolah. Mereka mempunyai kumpulan pakar penjagaan rapi neonatal serta pakar pediatrik yang berkepelbagaian dengan kepakaran sub pengkhususan seperti kardiologi, penyakit ginjal, penyakit pernafasan, gastroenterologi, penyakit hati, dan gangguan kelakuan serta genetik.

ANAK MASIH BELUM BERCAKAP PADA USIA 2 TAHUN

Alhamdulillah sepanjang 2 tahun berjumpa dengan pakar pediatrik Ali Imran sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang lain kecuali tidak boleh menyebut sebarang perkataan lagi dalam erti kata lain dia masih belum bercakap.
Secara umumnya, anak kecil yang normal sudah mula bertutur dan membebel bunyi tertentu bermula usia 1 tahun ke atas. Walaupun perkembangan setiap anak mungkin berbeza, namun ibu bapa perlulah peka dan memantau kebolehan pertuturan ini kerana ia berkait rapat dengan faktor kesihatan mereka.
Bagi saya yang masih belum mempunyai pengalaman berkaitan perkembangan kanak-kanak, saya sepenuhnya rujuk kepada pakar pediatrik. Mereka sarankan saya rujuk kepada pakar terapi pertuturan (speech therapist) untuk mengetahui perkembangan lanjut anak saya.

MENGHADIRI SESI TERAPI

Gambar hiasan : Antara sesi terapi iaitu meniru sebutan atau bunyi


Kali pertama berjumpa dengan Pegawai Terapi, Ali Imran tidak memberi kerjasama lansung. Mungkin sebab saya ada bersama. Pada hari itu pagawai terapi ambil beberapa maklumat mengenai diri Ali Imran untuk memudahkan proses terapi seterusnya. Pegawai terapi juga ada menerangkan kepada saya beberapa perkara yang boleh saya lakukan dirumah

Untuk proses terapi kedua, pegawai tersebut sarankan supaya saya tinggalkan anak secara bersendirian bersama nurse ataupun mana-mana pegawai terapi yang ada. Agak sukar untuk Ali Imran berenggang dengan saya. Dia akan menangis sekuat yang mungkin. Tapi Syukur Alhamdulillah, berkat pengalaman daripada pegawai dan nurse yang ada, Ali Imran berjaya melalui proses terapi yang pertama. Beliau dibekalkan dengan pelbagai jenis permainan, antara yang saya ingat ialah haiwan-haiwan, Ali Imran disuruh untuk meniru bunyi haiwan tersebut seperti ayam, kucing, harimau, gajah dan sebagainya. Malangnya Ali Imran tak mengeluarkan satu bunyi pun. Pegawai terapi meminta bantuan saya melatih anak dirumah dengan bunyi-bunyian tersebut. Masih sama juga, dia tetap tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Kalau di rumah dia akan bagi bahasa isyarat untuk menyatakan keinginannya seperti dia akan ambil botol susu dan tunjuk kepada saya yang bermaksud dia nak susu.

Untuk sesi terapi yang setersunya, Ali Imran di ajar untuk menyusun block mengikut warna, dan diajar untuk menyebut warna. Seperti biasa Ali Imran tetap tidak meniru sebutan pegawai tersebut dan susunan block pun ikut suka dia ja. Untuk terapi yang seterusnya pegawai terapi tersebut sarankan saya untuk rujuk kepada terapi cara kerja pula. Untuk entri yang lain saya kongsikan pengalaman saya dan Ali Imran berkaitan terapi cara kerja.

gambar hiasan : antara terapi menyusun block mengikut warna seperti yang pernah dilakukan kepada Ali Imran


Kebanyakkan dikalangan pesakit yang datang mendapatkan sesi terapi adalah dikalangan kanak-kanak Autisme ataupun Hyperactive. Alhamdulillah sepanjang menjalani sesi terapi Pegawai tarapi memberitahu bahawa Ali Imran adalah kanak-kanak normal walaupun pada awalnya pegawai menyatakan bahawa Ali Imran berkemungkinan Hyperactive. Walaupun begitu saya tidak meletakkan keadaan tersebut dalam zon selesa, saya tetap risau akan perkembangan pertuturan Ali Imran yang jauh ketinggalan dengan rakan seusia dia.

Ali Imran menjalani sesi Speech Therapy selama kurang lebih 4 tahun bermula pada usia 2 tahun sehingga 6 tahun. Alhamdulillah sepanjang sesi terapi tersebut perkembangan Ali Imran sangat posotif dan meningkat dari masa ke semasa.


Untuk ibu bapa diluar sana, saya nasihatkan jangan takut dan segera rujuk dengan pakar pertuturan sekiranya anak anda masih belum bercakap apabila usia mencapai 2 tahun. Jangan meletakkan diri kita dan anak kita dalam zon selesa. Tak salah bersusah payah dan berusaha sedikit untuk kepentingan diri kita dan anak kita pada masa hadapan. Anak adalah anugerah dan amanah Allah untuk kita bentuk, didik dan jaga dengan sempurna. Tak guna kalau kita menyesal dikemudian hari tau.


1 comment:

Sahabat

Assalamualaikum kawan2.. Harini aku nk cerita pasai sahabat.. Aku ramai kawan..tapi jauh yg paling akrab ialah sahabat.. Allah kurniak...